Penamatan pembaharuan lesen loteri 4-D Kontroversi Muhammad Sanusi Md Nor

Pada November 2021, Muhammad Sanusi telah mencetuskan satu lagi kontroversi apabila mengumumkan pembaharuan lesen 4D di Kedah akan dihentikan. Beliau menyatakan bahawa "Langkah ini adalah untuk memastikan Kedah bebas daripada perjudian." Beliau juga mempersendakan negeri Pulau Pinang dengan menyatakan bahawa "Mereka yang ingin membeli (nombor loteri 4-D) boleh pergi ke Pulau Pinang".[34][35]